Oxford Business College, yang ditubuhkan pada tahun 1985, adalah sebuah pusat pendidikan dan latihan persendirian yang menawarkan pengkhususan dalam pelbagai program perniagaan dan sarjana muda. Setiap kursus disediakan secara khusus bagi memenuhi keperluan pelajar masa kini, dengan tarikh permulaan yang fleksibel sepanjang tahun, yuran yang berpatutan serta tawaran biasiswa. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan kerjaya mereka atau sebagai alternatif untuk mendapatkan ijazah, pascasiswazah atau kelayakan profesional. Kolej ini juga menawarkan anda peluang untuk menamatkan ijazah dalam tempoh dua tahun* berbanding 3 tahun lebih untuk pelajar antarabangsa, justeru menjimatkan masa dan wang anda. Kolej ini terletak di tengah-tengah bandar Oxford, menjadikannya sebuah lokasi yang sangat sempurna untuk anda menikmati semua ciri-ciri istimewa yang ditawarkan oleh bandar ini.

Kekuatan Akademik

Bukan sahaja ramai daripada tutor kami mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang, malahan mereka juga mempunyai pengalaman yang luas dalam perjawatan pengurusan tertinggi, justeru menjadikan pengajian anda seimbang dari segi akademik dan kemahiran praktikal. Di samping itu, para tutor kami mempunyai pengalaman mengajar yang luas di peringkat sarjana dan pasca siswazah. Saiz kelas kami yang kecil serta kaedah pengajaran diperibadikan kesemuanya menyumbang kepada peratusan kelulusan yang cemerlang dalam semua bidang kelayakan.

Sokongan  dan khidmat nasihat Pelajar

Kami sememangnya terkenal untuk penjagaan dan perhatian individu yang kami berikan, dan setiap pelajar adalah unik serta penting bagi kami. Kakitangan serta tenaga pengajar kami yang ramah sentiasa bersedia untuk membantu anda berjaya dalam setiap langkah. Setiap pelajar mempunyai tutor peribadi serta boleh mendapatkan khidmat kaunselor dan doktor Kolej. Kami mengamalkan dasar pintu terbuka yang bermaksud bahawa akan sentiasa ada seorang kakitangan yang sedia membantu anda. Di samping itu, kepelbagaian pelajar kami; dari UK dan negara antarabangsa yang lain dengan latar belakang yang berbeza menawarkan anda peluang rangkaian yang besar.

Kolej ini menyediakan program-program singkat, dan dengan itu memperluaskan lagi akses kepada lebih ramai pelajar yang mempunyai sekatan visa, keluarga dan/atau kerja. Kolej ini menawarkan jadual waktu yang fleksibel dan bimbingan individu untuk mereka yang merasakan bahawa mereka boleh mendapat manfaat daripada sokongan tambahan, sama ada untuk keperluan akademik atau peribadi.

Fleksibiliti

Kebanyakan daripada program kami membolehkan anda memulakan pengajian pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober, dengan majoriti subjek dinilai dan bukannya diuji. Anda boleh mendaftar untuk program Persediaan Bahasa Inggeris Perniagaan kami pada mana-mana hari Isnin.

Kelayakan yang boleh didapati termasuk BTEC Higher National Certificate (tahap 4 / tahun 1 pengajian ijazah) dan BTEC Higher National Diploma (tahap 5 / tahun 2 pengajian ijazah) dalam Pengurusan Perniagaan. Kami juga memberi anda pilihan untuk mendapatkan kepakaran dalam jurusan yang berlainan dalam program HNC dan HND kami. Jurusan-jurusan ini termasuk pemasaran, sumber manusia, pengajian pengurusan, perakaunan dan undang-undang. Anda boleh memilih sama ada untuk kekal di Kolej untuk mara ke peringkat pengajian seterusnya atau, dengan sokongan dan bantuan kami, memohon kepada kepelbagaian pilihan universiti di UK.

Program Diploma Asas dalam Jurusan Perniagaan, Kejuruteraan dan Undang-Undang

Program Diploma Asas adalah sesuai untuk pelajar yang ingin meningkatkan tahap Bahasa Inggeris mereka dan menyediakan mereka untuk ijazah sarjana muda.

Kami menggabungkan program Bahasa Inggeris Perniagaan dengan Diploma Asas

Dalam Jurusan Perniagaan

Kejuruteraan

Dan Undang-Undang

Diploma ini diberikan oleh Oxford Business College.  Penyempurnaan program ini dengan Berjaya membolehkan para pelajar mendaftar masuk ke tahun pertama di pelbagai universiti di UK.

Tempoh: Program singkat di antara 6 bulan sehingga 9 bulan.

Sila hubungi Kolej untuk bantuan jika anda tidak mempunyai IELTS.

Edexcel adalah badan penganugerahan terbesar di U.K. yang diiktiraf oleh kerajaan U.K. Kelayakan HNC/HND Edexcel  diterima oleh kesemua universiti di U.K. sebagai kelayakan masuk ke program-program ijazah mereka. Dengan program HND singkat kami, anda boleh mendapatkan ijazah anda hanya dalam masa 2 tahun. Kelayakan HND membawa masuk anda ke tahun akhir teratas di kebanyakan universiti di UK.* Justeru menjimatkan masa dan wang!

Tempoh: Program singkat 6 bulan bagi HNC dan sehingga 12 bulan bagi HND.

Sila hubungi Kolej untuk bantuan jika anda tidak mempunyai IELTS.

* Tertakluk kepada kriteria tersendiri setiap universiti

Kemasukan

Tier 4 visas for international students

Kediaman Kolej

Oxford Business College menyediakan bangunan kediaman pelajar yang baru dibina. Kediaman pelajar yang khusus ini terletak berhampiran dengan pusat bandar Oxford dan adalah hanya jarak berjalan kaki dari Kolej.

Contact Us

Hubungi kakitangan OBC yang sedia membantu anda: admissions@oxfordbusinesscollege.ac.uk\/dev/dev

Tel: 01865791908

Kami mempunyai kakitangan berbilang bahasa, kami bercakap bahasa anda.

65 George Street, Oxford OX1 2BQ

Ikon Pautan untuk:

Permohonan Yuran Kalendar Akademik